Calon-calon yang berminat diminta mengisi Borang Permohonan Jawatan 188A yang dilampirkan bersama iklan ini dan menghantarkan sesalinan ‘RESUME/CV kepada
PENGURUS (SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN)
TNB Repair Anԁ Maintenance Sdn. Bhd. (TNB REMACO)
Level 23A, PJX-HM Shah Tower
Nο. 16A Persiaran Barat
46050 Petaling Jaya
Selangor DE
Tarikh tutup permohonan 9 Januari 2014
Nama Jawatan : Operator Injin Disel / Penolong Juruteknik Tingkatan Biasa
Bilangan Kekosongan : 20 Kekosongan
Gaji permulaan : RM1100 atau RM1200 – tidak termasuk elaun
Perlantikan adalah secara kontrak untuk tempoh satu (1) tahun. Jika
didapati di dalam tempoh satu (1) tahun prestasi yang ditunjukkan
oleh pekerja adalah memuaskan, maka calon ini bolehlah
dipertimbangkan untuk diserapkan sebagai pekerja tetap di bawah
Terma-terma dan Syarat-syarat Perkhidmatan Pekerja Bukan
Eksekutif TNB Repair And Maintenance Sdn. Bhd. tertakluk
kepada keperluan.
- Jabatan/ Bahagian TNB Repair And Maintenance Sdn. Bhd. (TNB REMACO) Lokasi Stesen-stesen Disel di Pulau-pulau (Tioman / Redang / Perhentian/ Tuba)
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia berumur 28 tahun ke bawah.
- Sekurang-kurangnya berpengalaman selama satu (1) tahun dalam jawatan di atas dalam bidang mekanikal.
- Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan (tidak menghidap sebarang penyakit kronik).
- Boleh bekerja dalam satu pasukan.
- Calon-calon yang memiliki sijil Kompeten- Drebar Enjin Pembakaran Dalam Gred 1 atau Gred 2 yang dikeluarkan oleh DOSH adalah satu kelebihan.
- Sijil dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik Tempatan atau Universiti-universiti yang diiktiraf kerajaan .
- Maksima CGPA 2.99 bagi peringkat Sijil DAN Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
- Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan mendapat Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam matapelajaran berikut :
- Bahasa Inggeris
- Matematik
memohon. Pemegang Diploma juga tidak perlu memohon.