Kolej Yayasan Pahang (KYP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan Clerk of Work/ Site Supervisor seperti berikut:
Clerk of Work (Mekanikal & Elektrikal)
Kelayakan:
• Pemohon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam Kejuruteraan Bangunan/ Mekanikal & Elektrikal atau bidang yang berkaitan.
• Mempunyai sekurang-kurangnya Lima (5) tahun pengalaman dalam penyeliaan tapak, sebaik-baiknya dengan pemaju hartanah.
• Inisiatif dan mampu bekerja secara bebas dengan pengawasan minimum.
• Komunikasi yang baik dengan perunding, pihak berkuasa dan kontraktor.
• Tahap integriti yang tinggi dan sanggup bekerja lebih masa.
Tanggungjawab:
• Memantau dan mengawal selia kerja-kerja di tapak projek.
• Mengemaskini laporan harian
• Menyelenggara dan menyelaras kerja-kerja di tapak projek.
• Mengawal dan menyemak mutu kerja.
• Menjalankan penyeliaan/ pemeriksaan di tapak projek.
• Melaporkan kepada pihak Pengurusan dari masa ke semasa.
Calon yang berkelayakan boleh memohon dengan menghantar resume terkini ke alamat @ emel seperti berikut :
Kolej Yayasan Pahang, Aras 2,
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang.
Email : nornahar@kyp.edu.my
Tel : 09-5340399, Fax: 09-534 1399
Calon yang layak akan disenarai pendek untuk sesi interview.